Berbalas pantun adalah salah satu acara yang telah kami sediakan untuk para peserta supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran bukan sahaja dari segi penulisan pantun tetapi dalam bentuk lisan juga.

Terdapat dua pusingan dalam sesi berbalas pantun.

Dalam pusingan yang pertama, setiap kumpulan akan berpeluang naik ke pentas dan menjual-beli pantun bersama kumpulan lawan. Dua kumpulan akan berentap pada satu-satu masa. Hanya 2 wakil dari setiap kumpulan akan naik ke atas pentas. Tiga kumpulan yang terbaik dalam persembahan mereka akan melayakkan diri ke pusingan yang seterusnya.

Dalam pusingan kedua, ketiga-tiga kumpulan yang terpilih akan berentap di atas pentas. Setiap kumpulan akan menjual pantun mereka secara bergilir-gilir. Antara dua kumpulan, kumpulan yang berjaya menjawab pantun dengan masa yang lebih pantas akan mendapat markah. Jika peserta tidak dapat menjawab, mereka diberikan kelonggaran untuk meminta bantuan daripada anggota kumpulan yang lain, guru ataupun dengan menggunakan senarai perkataan yang akan disediakan.